Subjek Tasawwur Islam merupakan satu subjek elekftif yang ditawarkan pada pelajar tingkatan 4 dan lima sahaja. Subjek ini boleh disertai oleh semua pelajar yang berminat tidak kira agama dan bangsa pelajar tersebut.
Bagi anda yang berminat untuk mengambil subjek ini sebagai elektif anda nanti, atau pun anda sedang mengambil subjek ini, pastikan anda bersama kami sehingga ke penghujung kerana akan kami kongsikan koleksi soalan dan nota yang boleh anda jadikan bahan rujukan anda nanti.
Subjek Tasawwur Islam Tingkatan 4
Subjek ini dijalankan bermatlamat untuk menjelaskan prinsip pandangan hidup Islam secara syumul, melahirkan individu yang mampu menangkis salah faham terhadap Islam.
Perkara ini bertepatan dengan fitrah manusia sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T bagi memenuhi tuntutan Maqasid Syariah demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
Bagi pelajar tingkatan 4, KSSM subjek ini memberi fokus kepada pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dibekalkan dalam tiga tema seperti berikut:
- Islam sebagai al-Din
- Murid dibekalkan dengan kemahiran memahami dan menilai kepentingan melaksanakan prinsip-prinsip pandangan hidup Islam dan keistimewaannya serta boleh mengamalkan Islam sebagai al-Din secara syumul dan menjadikannya sebagai asas dalam tindakan serta panduan dalam kehidupan.
- Manusia Sebagai Hamba dan Khalifah Allah
- Murid dibekalkan dengan kemahiran memahami dan menilai kepentingan insan sebagai hamba dan khalifah, sehingga boleh melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah melalui pimpinan wahyu dan akal dalam kehidupan.
- Sistem Sosial Islam
- Murid dibekalkan dengan kemahiran memahami dan menilai kepentingan pelaksanaan tatacara kehidupan Islam sebagai asas dalam penyempurnaan hak asasi manusia serta melaksanakannya secara syumul untuk membentuk ummatan wasatan dalam masyarakat rabbani


Sumber: DSKP Tassawur
Buku Teks Tasawwur Islam Tingkatan 4
Bagi anda yang bakal mengikuti kelas subjek ini atau sedang mengikutinya, berikut merupakan buku teks digital bagi subjek Tasawwur Islam ini:
Nota Tambahan & Latihan
Bagi anda yang mengambil subjek ini sebagai subjek elektif, anda boleh menggunakan nota dan latihan yang dikongsikan dibawah sebagai bahan ulangkaji anda nanti: