cool hit counter SKPM : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia KPM 2025/2026 – My Blog

SKPM : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia KPM 2025/2026

SKPM Kualiti@Sekolah adalah instrumen penilaian kendiri yang digunakan untuk menilai dan memperbaiki kualiti pendidikan di sekolah.

Ia melibatkan pelbagai aspek seperti kepimpinan, pengurusan organisasi, kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid (HEM), serta pencapaian guru dan sekolah.

Dengan arahan ini, semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hendaklah melaksanakan PKS SKPM Kualiti@Sekolah dan Manual Pengguna Modul SKPM Kualiti Sekolah yang boleh dimuat turun melalui pautan yang terdapat pada papan pemuka (dashboard) MOEIS sekolah masing-masing.

Ketua Jabatan hendaklah bertanggungjawab memastikan PKS SKPM Standard Kualiti Sekolah dilaksanakan dengan tepat dan berintegrasi.

Artikel berkaitan: SKPMG2 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2

Pengenalan

Akta Pendidikan 1996 subseksyen 117 (a) memperuntukkan kepada Ketua Nazir Sekolah tanggungjawab bagi memastikan taraf (standard) pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan.

Menyedari pentingnya tanggungjawab ini dilaksanakan dengan berkesan, JNJK telah memperkenalkan satu standard kualiti pendidikan yang jelas dan komprehensif yang dikenali sebagai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 2010.

SKPM 2010 mengandungi lima Standard yang merangkumi semua aspek yang menjurus kepada pewujudan kualiti pendidikan yang memuaskan iaitu :

STANDARD 1: Kepimpinan sekolah berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi dan berupaya menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran (P&P).

STANDARD 2: Organisasi sekolah diuruskan dengan mengambil kira potensi dan keperluan staf, kemudahan sumber dalaman dan memanfaatkan sumber luaran supaya sekolah dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan.

STANDARD 3: Bidang kurikulum, kokurikulum dan sukan, dan hal ehwal murid diurus dengan cekap dan berkesan bagi memastikan sekolah berfungsi sebagai institusi pembelajaran dalam melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

STANDARD 4: Guru merancang dan malaksanakan proses P&P yang berkualiti tinggi dan bersungguh-sungguh untuk memperkembangkan potensi dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan.

STANDARD 5: Kemenjadian Murid. Pendidikan di sekolah melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, beraklak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

Tarikh Pelaksanaan SKPM 2025/2026

Tarikh pelaksanaan SKMP 2025/2026 secara rasmi masih belum diumumkan secara terperinci oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) setakat Mei 2025.

> Dapatkan buku ”Asas Penulisan Laporan Kajian Tindakan (Untuk Guru Sekolah Menengah Dan Rendah

Muat Turun Instrumen SKMP

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan SKMP, anda boleh rujuk portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di www.moe.gov.my, Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), atau menghubungi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing.

Selain itu, surat siaran dan takwim pelaksanaan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa juga merupakan sumber rujukan penting bagi pihak sekolah.

About admin