cool hit counter Polip Hidung, Bahaya ke? – Penyebab, Simptom & Rawatan – My Blog

Polip Hidung, Bahaya ke? – Penyebab, Simptom & Rawatan

Polip Hidung, Bahaya ke? – Penyebab, Simptom & Rawatan

Pernah tak rasa hidung tersumbat sepanjang masa, walaupun bukan tengah selsema? Atau mungkin deria bau makin kurang jelas dari hari ke hari? 

Kalau ya, hah itu berkemungkinan besar tanda-tanda awal anda menghadapi masalah polip hidung. Masalah ini mungkin nampak biasa tapi sebenarnya boleh jadi petanda kepada isu kesihatan yang lebih serius.

Jom baca lebih lanjut mengenai apa itu polip hidung, simptomnya, punca utama, rawatan yang ada dan info penting yang berkaitan. 

Apa itu Polip Hidung?

Polip hidung ialah pertumbuhan tisu lembut yang tidak berbahaya (benign) di dalam rongga hidung atau sinus. Bentuknya seperti titisan air mata atau anggur kecil yang tergantung di dinding dalam hidung. 

Walaupun awalnya ia hanya bersaiz kecil, nasal polyps boleh membesar dan menyekat saluran sekaligus mengganggu sistem pernafasan dan deria bau seseorang.

Polip Hidung : Gejala, Penyebab, & Pengobatannya Di Malaysia

Polip ini terbentuk akibat peradangan kronik pada lapisan mukosa hidung atau sinus. Biasanya disebabkan oleh jangkitan, alergi, masalah sinus kronik atau faktor lain yang menyebabkan iritasi berpanjangan.

Polip hidung tidak menyakitkan tetapi boleh menjejaskan kualiti hidup jika tidak dirawat. Ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja, namun lebih kerap dialami oleh individu dewasa yang mempunyai sejarah masalah sinus atau alahan.

BACA JUGA: 6 Cara Legakan Hidung Tersumbat di Rumah

Bahaya ke Polip Hidung?

Ramai yang tertanya-tanya, adakah polip hidung berbahaya? 

Secara umumnya, polip hidung tidak bersifat kanser dan tidak mengancam nyawa. 

Namun, jika dibiarkan tanpa rawatan, polip yang besar atau banyak boleh menyumbat saluran hidung dan menyebabkan masalah pernafasan, kehilangan deria bau, sakit kepala, serta meningkatkan risiko jangkitan sinus berulang.

Polip Hidung, Bahaya ke? - Penyebab, Simptom & Rawatan

Dalam kes yang jarang berlaku, komplikasi serius seperti obstructive sleep apnea (gangguan tidur akibat saluran udara tersumbat) juga boleh berlaku. 

Oleh itu, walaupun tidak berbahaya secara langsung, polip hidung tetap memerlukan rawatan. 

Penyebab

Seperti yang dinyatakan di atas, polip hidung terbentuk akibat peradangan kronik pada dinding hidung atau sinus. Punca berlakunya peradangan tersebut boleh disebabkan oleh banyak faktor.  Antaranya ialah:

  • Jangkitan Sinus Berulang: Jangkitan sinus yang kerap bolrh menyebabkan peradangan berpanjangan pada mukosa hidung dan sinus.
  • Rhinitis Alergi: Reaksi alergi terhadap debu, serbuk sari, bulu haiwan atau alergen lain boleh menyebabkan peradangan kronik dalam rongga hidung. Keadaan ini dikenali sebagai hay fever atau rhinitis alergi. 
  • Asma: Penghidap asma lebih berisiko tinggi mengalami polip hidung kerana saluran pernafasan mereka mudah mengalami inflamasi kronik. 
  • Cystic Fibrosis: Penyakit genetik ini menyebabkan lendir menjadi lebih kental dan sukar dikeluarkan, meningkatkan risiko infeksi dan peradangan kronik pada hidung serta sinus. 
  • Sensitiviti terhadap Aspirin atau NSAID: Sebilangan individu yang sensitif terhadap ubat antiinflamasi nonsteroid (NSAID) seperti aspirin dan ibuprofen juga lebih mudah mengalami polip hidung. 
  • Faktor Genetik: Terdapat bukti bahawa sejarah keluarga atau variasi genetik tertentu boleh meningkatkan risiko seseorang mendapat polip hidung. 
  • Kekurangan Vitamin D: Kekurangan vitamin D juga dikenal pasti sebagai salah satu faktor yang boleh meningkatkan risiko pembentukan polip hidung. 

Simptom Nasal Polyps

Polip hidung selalunya tidak menimbulkan gejala pada tahap awal kerana saiznya yang kecil. Namun, apabila polip membesar atau terdapat lebih daripada satu polip, ia boleh menyekat saluran hidung dan menyebabkan pelbagai simptom yang mengganggu kehidupan seharian. 

Polip Hidung, Bahaya ke? - Penyebab, Simptom & Rawatan

Antara simptom yang boleh dirasai ialah:

1. Hidung berair atau tersumbat
Salah satu tanda paling biasa ialah hidung yang sentiasa berair (runny nose) atau rasa tersumbat berpanjangan. Anda mungkin dapati sukar untuk bernafas melalui hidung terutamanya waktu malam.

2. Lendir mengalir ke tekak (postnasal drip)
Nasal polyps boleh menyebabkan lendir daripada hidung mengalir ke belakang tekak sehingga menyebabkan rasa tidak selesa dan perlu kerap menelan atau berdehem.

3. Kehilangan deria bau dan rasa
Ramai pesakit mengalami kehilangan atau penurunan deria bau (anosmia) dan juga deria rasa. Ini berlaku kerana polip menghalang aliran udara dan bau ke bahagian atas rongga hidung.

4. Sakit muka atau sakit kepala
Simptom lainnya, adalah tekanan atau kesakitan pada bahagian muka. Khususnya di sekitar dahi, pipi, atau di antara mata. Kadangkala, sakit kepala juga boleh berlaku akibat tekanan dalam sinus.

5. Sakit pada gigi atas
Polip yang menekan ke bahagian atas rongga hidung boleh menyebabkan rasa sakit atau ketidakselesaan pada bahagian gigi atas.

6. Rasa tekanan pada dahi dan muka
Selain sakit, anda mungkin merasakan tekanan atau berat pada bahagian muka dan dahi, terutamanya jika polip menyebabkan penyumbatan sinus.

7. Berdengkur
Saluran hidung yang tersumbat akibat polip boleh menyebabkan anda berdengkur ketika tidur.

Bila Perlu Jumpa Doktor?

Jika anda mengalami simptom seperti di atas yang berlarutan lebih daripada 10 hari, segeralah berjumpa doktor. 

Simptom nasal polyps sering menyerupai selesema atau sinusitis biasa tetapi jika tidak pulih atau semakin teruk, anda perlukan pemeriksaan lebih lanjut. 

Dapatkan rawatan segera jika anda mengalami simptom yang semakin teruk secara tiba-tiba, sakit kepala teruk, perubahan penglihatan atau bengkak pada dahi dan sekitar mata.

BACA JUGA: Hidung Berdarah – Punca, Rawatan & Cara Pencegahannya

Rawatan 

Rawatan bagi polip hidung bergantung kepada saiz polip dan tahap keterukan simptom. Berikut beberapa pendekatan yang biasa digunakan:

  • Ubat-ubatan: Semburan kortikosteroid hidung adalah rawatan utama untuk mengecilkan polip dan mengurangkan inflamasi. Doktor juga mungkin akan memberi kortikosteroid oral atau ubat lain seperti antihistamin dan antibiotik jika ada jangkitan. 
  • Pembedahan: Jika polip terlalu besar atau tidak berkurang dengan ubat, prosedur pembedahan endoskopik sinus boleh dilakukan untuk membuang polip dan membersihkan rongga sinus. 
  • Rawatan sokongan: Penggunaan humidifier, mencuci hidung dengan larutan saline dan mengelakkan pencetus alergi dapat membantu mencegah polip berulang. 
  • Pencegahan: Menjaga kebersihan diri, mengelakkan asap rokok, dan merawat alergi atau sinusitis dengan segera adalah langkah penting untuk mencegah terjadinya polip. 

Rujukan: 

About admin