cool hit counter Pokok Lidah Jin: Kelebihan & Mudarat Kepada Kesihatan – My Blog

Pokok Lidah Jin: Kelebihan & Mudarat Kepada Kesihatan

Pokok lidah jin merupakan pokok yang popular dan sering didapati ditanam di perkarangan rumah atau bangunan.

Pokok ini ditanam sebagai daripada hiasan untuk mencantikkan kawasan rumah dan tampak lebih hijau.

Selain itu, pokok ini mempunyai khasiat yang tersendiri namun tahukah anda pokok ini juga mempunyai mudarat?

Mengenai Pokok Lidah Jin

Pokok lidah jin atau pokok lidah mentua yang nama saintifiknya Sansevieria trifasciata merupakan sejenis tanaman yang tergolong dalam genus Dracena.

Ia mempunyai lebih daripada 70 jenis spesies antaranya ialah Sansevieria cylindrica, Sansevieria ehrenbergii, Sansevieria eilensis, Sansevieria kirkii, Sansevieria pinguicula, Sansevieria trifasciata dan Sansevieria stuckyi.

Pokok ini berasal dari benua Afrika dan spesis yang paling digemari ramai sebagai tanaman hiasan ialah spesis Sansevieria trifasciata.

Ianya sangat mudah dikenali dengan daun yang berbentuk panjang, bermuncung tirus dan bercorak pedang.

Tambahan pula, ianya mudah ditanam dan disimpan di dalam rumah ekoran memiliki sifat yang tahan lasak.

Kelebihan Pokok Lidah Jin

Antara kelebihan pokok lidah jin ini adalah seperti berikut:

  • Mudah dijaga: Ia adalah antara tumbuhan hijau yang sangat mudah dijaga serta tidak memerlukan kos tinggi. Jika tiada matahari atau bekalan air, pokok ini mampu bertahan.
  • Menyerap pencemaran udara: Mampu menyerap pencemaran dan ia di antara yang terbaik dan sebab itu ia sangat sesuai sebagai pohon hijau untuk indoor. Ia juga cukup efektif dalam menyedut gas berbahaya seperti toluene, benzene, formaldehye yang dikatakan sebagai punca kanser kepada manusia.
  • Kaya dengan oksigen: Ia mampu menghasilkan oksigen dengan baik dan klorofil yang dihasilkan akan membantu mempercepatkan proses fotosintesis.
  • Miliki bau khas: Ia mempunyai satu bau istimewa dan meninggalkan baunya yang sedap.
  • Terapi: Biasanya bunga lidah jin akan mekar dan ia mengeluarkan bau khas yang menyenangkan dan cukup sesuai sebagai terapi selepas seharian keluar bekerja dalam mengurangkan tekanan.

Manfaat Pokok Lidah Jin

Pokok ini mempunyai kaya dengan abamagenin, kardenolin, saponin dan polifenol yang boleh membantu merawat penyakit seperti:

  • Bisul
  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah
  • Buasir
  • Selesema
  • Batuk
  • Bengkak

Selain itu, pokok ini dipercayai mampu menjadi kolagen yang bagus untuk kesihatan kulit dan boleh membantu merawat masalah keguguran rambut.

Pokok Yang Beracun?

Namun, pokok ini didakwa berbahaya dan beracun yang boleh mengakibatkan seseorang mengalami gejala penyakit.

Ini kerana menurut Pusat Racun Negara, pokok ini mengandungi bahan aktif saponin yang boleh mengakibatkan gejala-gejala ringan kepada manusia terutamanya kanak-kanak seperti cirit-birit, muntah-muntah dan ruam.

Selain itu, ia juga memberikan kesan kepada haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing yang menyebabkan gejala yang lebih teruk antaranya pengeluaran air liur yang berlebihan, kurang selera makan, lesu dan muntah-muntah.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai pokok ini, sila layari laman web https://www.mstar.com.my/xpose/i-suke/2020/06/10/pokok-viral-nyata-bukan-sahaja-cantik-atasi-stres-ketahui-manfaat-lain-lidah-jin dan https://hellodoktor.com/herba/ubatan-herba/pokok-lidah-jin-beracun/.

Baca juga: Kepala Air : Punca, Tanda, Kesan dan Bahaya

About admin