cool hit counter Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat, Wajib Cuba! – My Blog

Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat, Wajib Cuba!

Adakah anda sedang mencari petua turunkan darah tinggi dengan cepat?

Risau rasanya kan apabila tarikh janji temu dengan doktor semakin hampir, tapi anda tak tahu berapa agaknya bacaan tekanan darah anda nanti.

Sebenarnya terdapat beberapa cara turunkan tekanan darah, yang boleh anda cuba amalkan di rumah.

Namun, adalah penting untuk anda ketahui tips atau cara turunkan tekanan darah secara semula jadi.

Ayuh ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

petua turunkan darah tinggi dengan cepat
Doktor akan menggunakan mesin tekanan darah untuk memeriksa tekanan darah anda.

Apa Punca Tekanan Darah Tinggi?

Tekanan darah tinggi, atau hipertensi, merupakan masalah kesihatan yang sering berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ia terjadi apabila tekanan dalam salur darah meningkat secara berterusan, sekali gus meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit jantung, strok, atau kegagalan buah pinggang.

Apa yang membimbangkan, hipertensi sering berlaku tanpa gejala, menjadikannya sukar untuk dikesan awal.

Disebabkan itulah, ia dikenali sebagai ‘pembunuh senyap’.

Antara punca tekanan darah tinggi dan faktor risiko utama termasuk gaya hidup tidak aktif, pemakanan tinggi garam dan lemak, tekanan emosi, umur yang meningkat serta sejarah keluarga yang pernah menghidap penyakit ini.

Walau bagaimanapun, tekanan darah tinggi boleh diturunkan dan dikawal melalui perubahan gaya hidup sihat seperti bersenam secara konsisten, mengamalkan pemakanan seimbang, mengurangkan pengambilan garam dan berhenti merokok.

Pengambilan ubat juga mungkin diperlukan bagi sesetengah individu.

Pencegahan awal amat penting untuk mengurangkan komplikasi jangka panjang.

Anda sudah tahu punca tekanan darah tinggi, kini ketahui pula petua turunkan darah tinggi dengan cepat.

Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat

Terdapat beberapa cara atau petua turunkan darah tinggi dengan cepat yang anda boleh cuba di rumah tanpa bantuan ubat.

Caranya adalah:

  • Tarik nafas dalam-dalam dan cuba bertenang. Stres dan rasa cemas boleh membuatkan darah tinggi meningkat. Anda juga boleh pelajari senaman pernafasan untuk memperlahankan kadar degupan jantung.
  • Minum air kosong. Pernah dengar petua turunkan darah tinggi dengan cepat yang satu ini? Kita disarankan minum air kosong kerana dehidrasi boleh menyebabkan tekanan darah meningkat.
petua turunkan darah tinggi dengan cepat
Petua turunkan tekanan darah tinggi dengan cepat adalah pastikan anda mengambil air secukupnya setiap hari.
  • Sesetengah minuman yang mengandungi kalium, dan lycopene dikatakan mampu untuk menurunkan tekanan darah tinggi dengan pantas seperti teh hijau, jus tomato dan jus limau gedang (grapefruit).
  • Cuba lakukan aktiviti fizikal seperti regangan atau berjalan. Anda juga sangat digalakkan untuk lakukan senaman secara kerap untuk kawal tekanan darah.
  • Makan coklat gelap. Kajian mendapati kandungan flavonoid dalam coklat gelap ini dikatakan mampu menurunkan tekanan darah, namun ia perlu dimakan dalam jumlah sedikit sahaja.
  • Petua turunkan darah tinggi dengan cepat yang lain adalah dengan mandi air sejuk. Mandian dengan air sejuk juga dikatakan membantu kerana ia dapat membuatkan salur darah mengecut, sekali gus menurunkan tekanan darah.
  • Elakkan pengambilan kafein atau alkohol kerana kedua-dua minuman ini boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi.
  • Untuk mendapatkan bacaan tekanan darah yang tepat, anda juga dinasihatkan untuk tidak minum kopi 3 jam sebelumnya.

Tips Kawal Darah Tinggi Secara Semula jadi

Untuk mendapatkan tekanan darah pada paras yang optimum, anda perlulah lakukan beberapa perubahan pada gaya hidup serta pemakanan.

Berikut dikongsikan beberapa tips atau cara turunkan tekanan darah yang anda boleh amalkan :

1. Kurangkan Berat Badan

Badan yang kurang lemak bukan sahaja lebih sihat, malah ia juga membantu jantung untuk kurangkan tekanan dalam mengepam darah ke seluruh badan.

Sekiranya anda obesiti dan mempunyai tekanan darah tinggi, turunkan berat badan dapat membantu dalam mengembalikan paras tekanan darah yang normal.

Baca juga:

Cara Kira BMI Untuk Dewasa, Kanak-kanak & Ibu Mengandung

2. Dapatkan Tidur Mencukupi

The American Heart Association mencadangkan tempoh tidur selama 6 hingga 8 jam setiap malam bagi mengelakkan masalah jantung.

Terdapat beberapa tips yang anda boleh cuba untuk mudah tidur pada waktu malam seperti:

  • elakkan tidur siang
  • elak minuman berkafein
  • tidur dalam bilik yang gelap dan dingin.

Petua turunkan darah tinggi dengan cepat #3. Berhenti Merokok

Merokok bukan sahaja tidak memberikan sebarang faedah kepada kesihatan, malah ia boleh meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.

Oleh itu, anda dinasihati untuk berhenti merokok secepat mungkin.

4. Lakukan Senaman

The American Heart Association mencadangkan senaman selama 150 minit dalam seminggu untuk mengekalkan kesihatan jantung yang baik.

Antara senaman yang anda boleh lakukan adalah berjalan, berenang, angkat berat dan berbasikal.

5. Ubah Pemakanan

Untuk dapatkan bacaan tekanan darah yang optimum, anda perlulah lakukan sedikit perubahan pada diet harian seperti:

  • mengurangkan pengambilan garam berlebihan
  • amalkan makanan yang mengandungi vitamin dan mineral berikut:
    • kalsium (produk tenusu, sayuran berdaun hijau)
    • kalium (pisang, kekacang, keledek, avokado)
    • magnesium (daging, brokoli, karbohidrat kompleks)
petua turunkan darah tinggi dengan cepat
Ubah gaya pemakanan merupakan perkara paling penting jika anda ingin mengawal tekanan darah tinggi.

Tangani Stres

Persekitaran atau situasi yang stres boleh membuatkan tekanan darah seseorang meningkat untuk sementara waktu.

Namun, ia boleh memberikan kesan jangka masa panjang sekiranya tidak ditangani dengan baik.

Disebabkan itu, adalah penting untuk anda belajar mengurus stres untuk menurunkan tekanan rendah secara semula jadi.

Antara teknik mengurangkan stres yang anda boleh cuba adalah :

  • Meditasi atau senaman pernafasan
  • Gunakan planner atau buat senarai untuk uruskan tugasan harian
  • Amalkan yoga
  • Lakukan aktiviti yang meredakan stres seperti berjalan mengambil udara segar atau bercuti.
petua turunkan darah tinggi dengan cepat
Senaman yoga boleh membantu mengawal tekanan darah.

Dalam mengamalkan petua turunkan darah tinggi dengan cepat ini, anda perlu ingat bahawa ia hanya berkesan buat sementara waktu dan tidak bertujuan untuk menggantikan rawatan perubatan.

Sekiranya anda ingin dapatkan nasihat untuk kawalan darah tinggi, sila berunding dengan doktor di klinik atau hospital.

Sumber : verywellhealth.com

About admin