Siapa yang tidak kenal dengan sosok berwajah tenang, berjanggut panjang, berpakaian moden dan sering tampil dengan gaya penuh keyakinan itulah Dato’ Seri Mahadi Badrul Zaman, atau lebih dikenali sebagai Mahadi BZ.
Beliau bukan sahaja dikenali dalam dunia keusahawanan dan kewangan Islam, tetapi juga aktif sebagai penceramah motivasi dan tokoh inspirasi kepada generasi muda.
Penampilannya yang unik, termasuk janggut panjang yang menjadi identiti tersendiri, menjadikan beliau mudah dikenali dalam mana-mana acara atau platform media sosial.
Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Dato Sri Mahadi Badrul Zaman.
Baca juga: Erma Fatima : Biodata, Keluarga & Perjalanan Karier
Latar Belakang

Nama | Dato Sri Mahadi Badrul Zaman |
Nama Panggilan | Mahadi BZ, Mahadi |
Tarikh Lahir | 17 April 1983 |
Tempat Lahir | Pulau Pinang |
Pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UITM) |
Pekerjaan | Ahli perniagaan, penceramah motivasi |
Akaun Media Sosial | Instagram @mahadibz Facebook @mahadi.bz.5 |
Kehidupan Peribadi
Mahadi BZ dan Heliza Helmi sah bergelar suami isteri pada 1 Januari 2022. Majlis akad nikah berlangsung secara tertutup di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, dengan kehadiran keluarga terdekat serta sahabat handai.
Heliza, yang dikenali sebagai selebriti, pendakwah dan aktivis kemanusiaan, memilih untuk menyembunyikan hubungan peribadinya sebelum pernikahan, menjadikan berita ini satu kejutan yang menggembirakan buat peminat.
Majlis pernikahan mereka berlangsung dalam suasana sederhana tetapi penuh bermakna, dan mendapat ucapan tahniah serta doa daripada peminat, rakan artis dan tokoh masyarakat. Pasangan ini dilihat sebagai contoh inspirasi dalam membina rumah tangga berteraskan nilai agama dan tanggungjawab sosial.


Kerjaya & Profesional
Dato’ Seri Mahadi Badrul Zaman merupakan seorang usahawan yang berdedikasi dan berwawasan tinggi. Minatnya dalam bidang perniagaan telah bermula sejak usia remaja, dan pada usia 21 tahun, beliau mula menceburi industri kewangan.
Kini, beliau adalah pengasas dan presiden kepada AUF MBZ Consortium, sebuah syarikat yang berperanan membantu individu membina kekayaan serta mengembangkan perniagaan mereka. Beliau turut dikenali sebagai penasihat Global Islamic Wealth Advisor, menyediakan penyelesaian kewangan Islam yang dipercayai, inovatif dan relevan.
Di samping itu, beliau juga mengetuai Kumpulan Genius Kewangan (FGG) di Malaysia, yang bertujuan mendidik masyarakat dalam pengurusan kewangan. Dato’ Mahadi turut menyediakan peluang kepada para pelajar dan pencari kerja untuk mencapai impian mereka.
Tidak berhenti disitu, Monalisa Preferred Wealth Advisors Sdn Bhd adalah merupakan sebuah kumpulan di bawah FGG telah ditubuhkan 16 tahun lalu.


Baca juga: Tun Mahathir – Biodata, Sumbangan & Gelaran
Kejayaan & Pencapaian
Pada masa ini, Kumpulan Genius Kewangan (FGG) mempunyai seramai 600 Penasihat Kewangan berdaftar dan aktif.
Menurut Dato’ Mahadi, ahli-ahli FGG datang daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan profesional, graduan baharu, suri rumah yang ingin menambah pendapatan keluarga, serta individu OKU yang berusaha membina kehidupan lebih baik.
Di FGG, semua ahli diberikan latihan menyeluruh yang merangkumi 7 langkah kemahiran menjual, pembinaan kekuatan mental melalui modul ‘Mental Warrior’, serta sokongan berterusan melalui program motivasi, bagi memastikan mereka bersedia menghadapi pelbagai cabaran dalam dunia kewangan.
Dengan pengenalan produk Takaful ke dalam rangkaian FGG, mereka berjaya mencatatkan jualan sebanyak RM1.65 juta hanya dalam tempoh tiga bulan.
Atas kejayaan tersebut, Dato’ Mahadi telah diiktiraf sebagai MDRT (Million Dollar Round Table) pertama manakala FGG Wealth AL-Khassah pula dinobatkan sebagai Agensi Juta Dolar Pertama bagi FWD Takaful Berhad pada tahun 2020.
Secara peribadi, beliau telah membantu ribuan pelabur, pelanggan berprofil tinggi serta syarikat-syarikat untuk meningkatkan pulangan pelaburan mereka secara signifikan melalui penyelesaian kewangan yang strategik dan inovatif.
Mahadi BZ Isu Scammer
Isu yang mengaitkan Dato’ Seri Mahadi Badrul Zaman sebagai seorang ‘scammer’ menjadi semakin hangat apabila beliau tersenarai dalam Senarai Peringatan Pelabur yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Senarai tersebut bertujuan memberi amaran kepada orang awam mengenai individu atau entiti yang mungkin menjalankan aktiviti pelaburan tanpa kelulusan yang sah.
Mahadi dalam kenyataan kepada media menyatakan bahawa beliau tidak dimaklumkan secara rasmi oleh SC sebelum disenaraikan, dan mendakwa tindakan itu mengejutkan beliau serta seluruh pasukannya yang selama ini berusaha mematuhi garis panduan undang-undang kewangan Islam.
Beliau juga telah menghubungi pihak SC untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan menyatakan kesediaannya untuk memberikan kerjasama penuh bagi membersihkan namanya.
Lebih menarik, dalam satu laporan oleh Malaysia Gazette bertarikh 5 Mei 2025, Mahadi menegaskan bahawa beliau sendiri adalah antara pelabur dalam sistem yang dipertikaikan itu dan turut mengalami kerugian.
Katanya, “Saya sendiri melabur, saya juga mangsa,” sekali gus menunjukkan bahawa beliau tidak berniat untuk menipu atau mengambil kesempatan.
Tambahnya lagi, beliau dan syarikatnya selama ini hanya bertindak sebagai penghubung antara pelanggan dan syarikat pelaburan yang sah, namun nama beliau tetap terpalit apabila timbul isu teknikal berkaitan lesen pihak ketiga.
Mahadi turut memohon orang ramai agar tidak cepat membuat andaian tanpa bukti yang sahih. Beliau menekankan bahawa segala aktiviti perniagaannya berpaksikan prinsip integriti dan syariah, dan beliau bersedia mengambil langkah undang-undang sekiranya dakwaan palsu tersebut menjejaskan reputasi serta kerjaya beliau.
Buat masa ini, tiada kenyataan terperinci daripada Suruhanjaya Sekuriti mengenai sebab spesifik penyenaraian itu, dan Mahadi masih menunggu penjelasan lanjut daripada pihak berkuasa.
Fakta Menarik Mengenai Mahadi BZ
- Mahadi aktif berkongsi ilmu, motivasi dan tip kewangan di media sosial, menjadikan beliau sebagai rujukan dalam komuniti usahawan dan pelabur Islamik.
- Beliau mempunyai pengikut seramai 375,000 di laman Instagram.
- Beliau sering tampil dengan pakaian moden yang berwarna-warni, mempamerkan sisi personaliti yang ceria, berani dan yakin.
- Beliau mempunyai. koleksi kereta mewah dan kereta sports.
Kesimpulannya, sebagai masyarakat yang matang, kita harus memberi ruang kepada proses siasatan dan tidak menjatuhkan hukuman tanpa fakta lengkap.
Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan adil dan jelas, dan nama baik mereka yang tidak bersalah dapat dipulihkan. Manakala yang bersalah menerima hukuman undang-undang yang sewajarnya.
Sumber:
- Instagram @mahadibz
- Saya sendiri melabur, saya juga mangsa – Mahadi. Malaysia Gazette
- Nama dalam Senarai Peringatan Pelabur, Mahadi tunggu penjelasan SC. Astro Awani