free hit counter KRU : Biodata, Sejarah & Konsert GenKRU 2025 – Wanto Ever

KRU : Biodata, Sejarah & Konsert GenKRU 2025

Baru-baru ini, KRU atau Kumpulan Rap Utama telah mengadakan satu konsert besar yang berlangsung selama 4 hari. Konsert ini telah mendapat sambutan hangat dalam kalangan peminat-peminat musik di Malaysia. 

Bagi anda yang tidak mengenali kumpulan ini, ia merupakan satu kumpulan rap yang ditubuhkan dan dianggotai oleh tiga orang adik beradik iaitu, Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim, pada tahun 1992. 

Kumpulan ini merupakan antara kumpulan penyanyi Malaysia yang terkenal dengan gabungan genre pop, R&B, dan hip hop. Berikut kami kongsikan lagi kepada anda semuanya tentang kumpulan muzik ini.

Biodata Ahli Kumpulan KRU

KRU adalah kumpulan muzik pop dan hip hop Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1992. Kumpulan ini dianggotai oleh tiga adik beradik iaitu Norman, Yusry, dan Edry Abdul Halim yang dilahirkan dan dibesarkan oleh ibu bapa mereka, Zarina Abdul Wahab dan Abdul Halim Kamal.

Berikut merupakan biodata ringkas bagi setiap ahli kumpulan ini: 

Dato’ Norman bin Abdul Halim

  • Nama: Norman bin Abdul Halim
  • Tarikh lahir: 5 Februari 1971
  • Umur: 53 Tahun
  • Tempat lahir: London, England
  • Kerjaya: Penyanyi, pelakon, penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios
  • Keluarga: Anak sulung daripada empat beradik
  • Pasangan: Datin Dr. Shireen Mardziah Hashim
  • Anak: Mempunyai seorang anak perempuan.

Datuk Yusry bin Abdul Halim

  • Nama: Yusry bin Abdul Halim
  • Tarikh lahir: 15 Jun 1973
  • Umur: 51 Tahun
  • Tempat lahir: Kuala Lumpur, Malaysia
  • Kerjaya: Penyanyi utama, pelakon, pengarah filem, komposer dan penerbit
  • Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik
  • Pasangan: Datin Lisa Surihani
  • Anak: Mempunyai 3 cahaya mata

Edry bin Abdul Halim

  • Nama: Edry bin Abdul Halim
  • Tarikh lahir: 28 April 1976
  • Umur:49 Tahun
  • Tempat lahir: Petaling Jaya, Selangor
  • Kerjaya: Penyanyi, pelakon, penulis lirik, penerbit, komposer, penerbit rakaman, pengarah
  • Keluarga: Adik ketiga daripada empat beradik
  • Pasangan: Milia Mohammed
  • Anak: Mempunyai empat orang cahaya mata
edry kru

Baca juga: Bella Dowanna : Biodata, Karier dan Senarai Drama & Filem

Sejarah Penubuhan Kumpulan KRU

Seperti yang dinyatakan di bahagian sebelum-sebelum ini, ahli kumpulan KRU ini terdiri daripada tiga orang bersaudara iaitu, Norman, Yusry dan Edry. Proses penubuhan kumpulan ini bermula apabila tiga saudara ini giat menghasilkan muzik sendiri sejak mereka remaja. 

Tiga saudara ini telah terdedah kepada pelbagai irama muzik Barat pada waktu itu, kerana mereka sekeluarga menetap di London berbeza dengan muzik Melayu yang didominasi oleh lagu berentak jiwang dan rock balada. 

Karier mereka bermula apabila, rakan sekampus Norman, tanpa pengetahuan tiga saudara ini, telah menghantar demo lagu mereka kepada syarikat rakaman EMI Malaysia. Demo tersebut disukai oleh pengurus syarikat tersebut, menyebabkan mereka dipanggil untuk sesi uji bakat. 

Pada 19 Mei 1992, secara rasmi kumpulan KRU ditubuhkan dengan nama yang membawa maksud “Kumpulan Rap Utama” sekaligus menjadi identiti mereka dalam industri muzik Malaysia sepanjang 33 tahun mereka bekarya.

Kini, kumpulan ini mempunyai KRU Studio yang terdiri daripada KRU Films, KRU records, KRU Matrix dan KRU Communications. Selain itu, KRU Studio mempunyai cawangan-cawangan di luar negara seperti di Amerika Syarikat, Singapura, Hong Kong, dan Eropah.

Kumpulan ini bukan sahaja telah menghasilkan lagu tetapi mereka juga telah melakukan kerja-kerja penerbitan, penulisan lirik, berlakon, dan mengarah filem. Berikut merupakan antara filem yang berada di bawah KRU:

  • Cicakman
  • Duyung
  • Jin Notti
  • Cicakman 2-Planet Hitam
  • Hikayat Merong Mahawangsa
kru

Senarai Album & Lagu Terkenal KRU

Berikut adalah antara album terkenal yang telah dikeluarkan oleh kumpulan KRU sepanjang kerjaya mereka:

  • Canggih (1992)
  • reKRUed (1993)
  • Awas! (1994)
  • Ooh! La! La! (1996)
  • The Way We Jam (1998)
  • Formula Luar Biasa (1999)
  • Tyco (2000)
  • KRUjaan (2000)
  • Empayar KRUjaan V 2.0 (2002)
  • KRUnisme (2005)
  • 10 Di Skala Richter (2006)
  • KRUnomena (2013)
  • Kaset (2025) 

Daripada album-album yang dihasilkan, berikut merupakan antara 10 lagu paling popular kumpulan KRU ini:

  1. Awas 1994
  2. Ooh! La! La! 1996
  3. Fanatik
  4. The Way We Jam
  5. Babe
  6. Jangan Lafazkan
  7. Bidadari
  8. Hingga Ke Jannah
  9. Dekat Padamu
  10. Wanita

Konsert GenKRU

Konsert GenKRU adalah sebuah siri konsert yang diadakan oleh kumpulan legenda Malaysia, KRU, yang berlangsung selama empat malam berturut-turut pada 3, 4, 10, dan 11 Mei 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Konsert ini mendapat sambutan luar biasa sehingga asalnya dijadualkan hanya satu atau dua hari, kemudian dilanjutkan kepada tiga hari dan akhirnya empat hari kerana permintaan tiket yang sangat tinggi. 

Konsert tiga saudara ini telah mencatat sejarah dalam industri hiburan Malaysia dengan menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR), iaitu “Most Show in a Single Concert Series” dan “Most Concert Tickets Sold Out in an Hour” dengan 8,000 tiket terjual habis dalam masa satu jam.

Konsert ini membawa peminat mengimbau era kegemilangan kumpulan ini pada 1990-an dengan tema “Back to the 90s” yang dipersembahkan melalui susunan lagu-lagu hit mereka. Persembahan turut diserikan dengan kemunculan artis-artis yang pernah bekerjasama dengan kumpulan ini, seperti Feminin, Adam AF, & Elite.

Penganjur konsert, Iman Tang dari Icon Entertainment, menyifatkan konsert ini sebagai penghormatan kepada sejarah dan kredibiliti KRU dalam membentuk gelombang muzik pop dan hip hop Malaysia sejak 1992. Konsert GenKRU bukan sekadar hiburan, tetapi juga satu sejarah perjalanan lebih 30 tahun KRU dalam industri muzik tempatan dan antarabangsa.

kru
kru
genkru-630x388
KRU
gen KRU

Media Sosial Rasmi

Bagi peminat kumpulan ini, yang ingin mengikuti perkembangan Kumpulan KRU ini, anda boleh mengikuti laman media sosial rasmi mereka di bawah:

About admin