cool hit counter Kitaran Haid Normal Berapa Hari? Cara Kira Yang Betul Macam Ini! – My Blog

Kitaran Haid Normal Berapa Hari? Cara Kira Yang Betul Macam Ini!

Tempoh kitaran period saya tidak menentu, kadang 26 hari, dan ada kalanya 30 hari- Adakah ini kitaran haid normal?

Ramai wanita yang keliru cara kira kitaran haid yang normal kerana tempoh kitaran berbeza setiap bulan.

Jadi, bagaimana untuk mengetahui kitaran normal haid atau kitaran haid tidak normal bagi wanita?

Jom teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui tempoh kitaran haid normal dan cara mendapatkan haid yang teratur.

Baca juga:

Apa itu Kitaran Haid Normal?

kitaran haid normal
Tempoh kitaran haid normal. Sumber: The Marion Gluck Clinic

Kitaran haid normal adalah proses biologi yang normal dalam tubuh wanita.

Ia melibatkan pematangan dan pelepasan telur dari ovarium, persediaan rahim untuk kehamilan, dan kemudian pembuangan lapisan rahim jika kehamilan tidak berlaku.

Ini adalah tanda kematangan seksual dan kemampuan seorang wanita untuk mengandung.

Melalui kitaran period juga, kita boleh tahu waktu subur wanita, jadi mudah untuk anda merancang keluarga, sama ada untuk hamil atau mengelakkan kehamilan.

Jadi, kitaran haid normal berapa hari?

Kitaran period biasanya berlangsung selama 28 hari, tetapi ia boleh berbeza antara 21 hingga 35 hari untuk wanita dewasa, dan 21 hingga 45 hari untuk remaja.

Jadi, kitaran haid yang normal tidak semestinya 28 hari.

Asalkan kitaran period anda setiap bulan berada dalam tempoh yang normal seperti dinyatakan di atas, justeru anda tidak perlu runsing.

Fasa kitaran haid dibahagikan kepada fasa folikular, ovulasi, dan fasa luteal.

Kitaran period dimulai dengan hari pertama pendarahan haid dan berakhir sehari sebelum hari pertama pendarahan haid seterusnya.

Pendarahan biasanya berlangsung selama lima hingga tujuh hari.

Cara Kira Kitaran Haid

Untuk memeriksa kitaran period, anda boleh mula menghitung dari hari pertama pendarahan haid anda hingga sehari sebelum pendarahan haid anda yang seterusnya.

Menggunakan aplikasi penjejak haid atau kalendar juga boleh membantu anda mengawasi pola dan perubahan dalam kitaran period anda.

Rekod tarikh-tarikh haid terdahulu sangat membantu.

Dengan mencatat hari pertama haid setiap bulan, anda boleh mengenal pasti corak dan mengira purata panjang kitaran anda.

Contohnya, jika haid bermula pada 1 Mei dan kemudian datang semula pada 30 Mei, ini menunjukkan kitaran selama 29 hari.

Panjang dan corak haid berbeza antara individu.

Ada yang mengalami haid pada selang masa tetap, manakala ada juga yang berubah-ubah.

Keadaan ini tetap dianggap normal selagi ia konsisten dengan tubuh anda – sama ada tempohnya pendek, lama, ringan, berat, menyakitkan atau tidak.

Waktu Subur Selepas Haid

Waktu subur adalah waktu terbaik untuk melakukan hubungan suami isteri.

Hal ini kerana, dalam tempoh tersebut telur dilepaskan ke tiub fallopian yang menyambungkan ovari ke rahim.  

Sekiranya terdapat sperma yang berjaya mensenyawakan telur tersebut maka terjadilah kehamilan.

Sperma akan mempunyai peluang yang tinggi untuk disenyawakan di dalam rahim wanita pada waktu tersebut. 

Hari paling subur adalah 3 hari menjelang ovulasi dan hari subur itu sendiri.

Oleh itu, hubungan kelamin terbaik dilakukan pada waktu subur wanita. 

Cara Kira Kitaran Haid Normal & Waktu Subur 

kitaran haid normal
Cara kira kitaran haid normal.

Kebiasaannya, kitaran haid normal memakan masa sekitar 28 ke 30 hari dan hari mula anda datang bulan dikira sebagai hari pertama.

Waktu subur wanita bagi kitaran haid 28 hari yang normal jatuh pada hari ke-13 hingga ke-15 dari hari pertama haid. 

Bagaimana kalau kitaran period tidak tetap?

Sekiranya period anda datang tidak tetap, anda boleh rujuk beberapa tanda fizikal yang disenaraikan berikut untuk membantu mengetahui waktu subur anda.

Antaranya ialah:-

  • Peningkatan suhu tubuh (selepas bangun tidur)
  • Lendiran pada bibir rahim
  • Rasa sakit pada bahagian perut/belakang
  • Perasaan ghairah (libido)
  • Peningkatan deria bau (lebih berselera atau sebaliknya)

Selain itu, anda juga boleh menggunakan kit ramalan ovulasi di rumah. 

Ia berfungsi dengan mengesan LH (hormon luteinizing).

Hormon ini akan meningkat 1 ke 2 hari sebelum proses ovulasi berlaku.

Alat ini dapat membantu anda untuk mengetahui apabila waktu subur menghampiri, tetapi ia tidak dapat mengesan ovulasi saat ia berlaku. 

Anda juga boleh menggunakan kit ujian progesteron.

Kit ini amat sesuai digunakan oleh wanita yang mengalami haid yang tidak teratur, seperti masalah PCOS.

Ia berfungsi dengan  mengesan progesteron (hormon yang dikeluarkan tepat selepas ovulasi).

Oleh itu, anda boleh mengetahui sama ada anda mengalami ovulasi ataupun sebaliknya

Walau bagaimanapun, untuk memudahkan proses pengiraan waktu subur, anda boleh gunakan kalkulator ovulasi secara online.

Apa yang penting, anda perlu tahu tarikh pertama kitaran period terakhir anda dan berapa hari secara puratanya kitaran anda berlaku (kebiasaannya di antara 20 hingga 45 hari). 

Punca Haid Tidak Teratur

Pelbagai faktor boleh menyebabkan pola haid yang tidak teratur.

Ini termasuklah:

  • Perubahan hormon
  • Keadaan kesihatan tertentu seperti sindrom ovarium polisistik (PCOS)
  • Masalah tiroid
  • Stres
  • Penurunan berat badan yang drastik atau kegemukan
  • Latihan yang berlebihan
  • Penggunaan kontraseptif seperti pil perancang kehamilan
  • Perubahan dalam rutin harian atau persekitaran

Tips Elak Kitaran Haid Tak Teratur

kitaran haid normal
Pengambilan pemakanan yang sihat dan seimbang boleh membantu mendapatkan kitaran haid normal bagi wanita.

1. Pemakanan yang seimbang

Pemakanan yang seimbang dan sihat sangat penting untuk mengatur pola haid.

Pastikan anda mendapatkan cukup zat besi, protein, dan kalsium dalam diet anda.

2. Senaman

Aktiviti fizikal atau senaman yang teratur dapat membantu mengatur hormon dan pola haid.

Namun, ingatlah untuk tidak berlebihan kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada kitaran anda.

3. Istirehat yang cukup

Kurang tidur atau stres berlebihan dapat mengganggu kitaran haid.

Pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup dan mencari cara untuk mengurangkan stres.

Baca juga:

4. Berhenti merokok

Merokok dapat mengganggu keseimbangan hormon, yang boleh menyebabkan period tak teratur.

5. Pemeriksaan kesihatan

Melakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin dapat membantu mengesan sebarang masalah yang mungkin mempengaruhi corak haid anda.

Ini termasuk penyakit tiroid, PCOS, atau masalah lain yang boleh menyebabkan haid tidak teratur.

6. Pengurusan berat badan

Kegemukan atau obesiti mahupun kurang berat badan, boleh menyebabkan punca haid tidak teratur.

Jadi, menjaga berat badan yang sihat melalui pemakanan dan senaman yang seimbang sangat penting.

7. Ubah gaya hidup

Pantau pola haid anda.

Jika anda melihat perubahan yang signifikan dalam jangka masa, kuantiti, atau gejala period tak teratur, berbincanglah dengan doktor anda.

Ingatlah, setiap wanita berbeza-beza dan begitu juga kitaran period mereka.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang kitaran period anda, jangan ragu untuk berbincang dengan pakar kesihatan anda.

Kesimpulan

Kitaran period adalah proses biologi yang penting dalam kehidupan wanita.

Memahami apa yang dianggap sebagai ‘normal’ dalam kitaran haid, bagaimana memeriksanya, apa yang boleh menyebabkan ketidakteraturan, dan bagaimana untuk mencegahnya dapat membantu anda menjaga kesihatan reproduktif anda dengan lebih baik.

Tetapi, jika anda mengalami sebarang masalah atau kebimbangan, adalah penting untuk mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan profesional.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan kitaran haid normal dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Menstrual Cycle: What’s Normal, What’s Not. Mayo Clinic
  2. Fisiologi Kitaran Haid. Myhealth

About admin