free hit counter Kata Ganda Separa: Jenis, Contoh Ayat, Latihan & Nota – Wanto Ever

Kata Ganda Separa: Jenis, Contoh Ayat, Latihan & Nota

Kata ganda separa merupakan salah satu jenis di dalam Kata Ganda di dalam tatabahasa Bahasa Melayu.

Murid mestilah mengetahui kata ganda jenis ini bagi memastikan penggunaannya tepat di dalam ayat.

Maksud Kata Ganda Separa

Kata ganda separa ialah perkataan yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya.

Bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang dilambangkan dengan huruf.

Dalam erti kata lain, kata ganda ini merupakan proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan.

Jenis Kata Ganda Separa

Jenis kata ganda ini terbahagi kepada 2 iaitu:

  • Penggandaan separa kata tunggal
  • Penggandaan separa kata berimbuhan

Contoh Ayat

Untuk memahami jenis-jenis kata ganda ini, ia boleh difahami menerusi contoh-contoh ayat:

i- Penggandaan separa kata tunggal

Kata Ganda Contoh Ayat
bebalai Kakak sedang berehat di atas bebalai itu
dedaun Dedaun itu bertaburan di atas tanah.
bebenang Bebenang skru itu sudah haus.
lelabah Bangsal buruk itu dipenuhi dengan sarang lelabah.
lelangit Ayah sedang memasang lelangit di dalam bilik.

ii- Penggandaan separa kata berimbuhan

Untuk penggandaan separa kata berimbuhan ini boleh dikategorikan kepada 3 iaitu :

a. Kata imbuhan awalan

Imbuhan Kata Ganda Contoh Ayat
ber- berkata-kata, berbual-bual, berdekah-dekah berjalan – Hasyim sedang berjalan-jalan di taman.
– Siti seronok berbual-bual dengan Aminah.
ter- tersengeh-sengeh, tertampi-tampi, tercengang-
cenggang, teresak-esak
– Hamid tersengeh-sengeh dipuji oleh Ali.
– Mariam meraung teresak-esak mendengar berita itu.
di- dimarah-marah, dirisik-risik digelak-gelak – Usah dimarah-marah anak itu.
– Hayati sedang dirisik-risik bagi menyertai kelab bola jaring itu.

b. Kata imbuhan akhiran

Imbuhan Kata Ganda Contoh Ayat
-an Bunga-bungaan, kenang-kenangan,tumbuh- tumbuhan – Laman rumah itu dipenuhi bunga-bungaan yang indah sekali.
– Mohsin menerima buku itu sebagai kenang-kenangan.
-i amat-amati, selidik-selidiki, bayang-bayangi – Jika kita amat-amati perkara ini, ia merupakan perkara yang serius.

c. Kata imbuhan apitan

Imbuhan Kata Ganda Contoh Ayat
ber…an bersalam-salaman, bertumbuk-tumbukan, bertikam-tikaman, bersahut-sahutan – Marilah kita bersalam-salaman tanda bermaafan.
– Sorakan penonton itu bersahut-sahutan di dalam stadium.
meN…kan mendewa-dewakan, memburuk-burukkan, meninggi-ninggikan – Janganlah kita memburuk-burukkan orang lain.
– Tidak perlu mendewa-dewakan pemimpin itu kerana pakaiannya.
men…i Mengawas-awasi, mengulang-ulangi, membohong-bohongi -Tidak perlu mengulang-ulangi perkataan itu.
di…kan Dibayang-bayangi, dimarah-marahi,dihalus-halusi – Kasihan anak kecil itu dimarah-marahi oleh ayahnya.

Latihan Kata Ganda Separa

Murid-murid boleh membuat latihan bagi kata ganda ini menerusi file di bawah:

Nota Ringkas

Nota ringkas mengenai kata ini boleh dirujuk menerusi file di bawah:

Baca juga: Kata Akronim: Jenis, Contoh Ayat & Latihan

About admin