Musim haji adalah antara musim yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Bagi yang mendapat panggilan haji untuk tahun ini, alhamdulillah dan tahniah diucapkan. Selamat menjadi tetamu Allah.
Bagi yang belum mendapat panggilan, teruskan berdoa dan berusaha untuk membuat rayuan bersama pihak TH. Mudah-mudahan tahun berikutnya adalah rezeki anda untuk menjadi duyufurrahman. InsyaAllah.
Untuk memudahkan para jemaah haji, berikut dikongsikan kumpulan doa haji dan umrah yang boleh dijadikan panduan ketika melaksanakan setiap rukun dan amalan sepanjang berada di Tanah Suci.
Dengan adanya panduan doa yang mudah diakses, perjalanan ibadah anda akan lebih bermakna, tenang, dan insyaAllah menuju haji mabrur yang diidamkan.
Doa Haji Dan Umrah – Infografik
Rujuk infografik doa haji dan umrah yang dikongsikan dalam Facebook Maktabah Al-Bakri seperti di bawah:




















Muat Turun Doa Haji dan Umrah PDF
Anda boleh memuat turun kompilasi doa haji dan umrah di atas dalam bentuk PDF di bawah:
Doa Saie
Saie adalah salah satu rukun umrah dan haji yang memerlukan jemaah berjalan ulang-alik antara Bukit Safa dan Marwah. Sepanjang saie, terdapat tatacara dan doa khusus yang boleh diamalkan.
- Mulakan niat untuk bersaie di Safa. Sebelum memulakan perjalanan, lambai kedua tangan ke arah kaabah sambil mengucapkan ayat berikut:
الله أكبر, الله أكبر، الله أكبر وَلِلَّهِ الحَمْد
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa Lillahil-Hamd
Makna: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan segala puji-pujian adalah milik Allah
Kemudian, anda boleh membaca doa berikut:
لَا إِلهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وهُوَ عَلى كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ أَنْجَزَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ.
Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lah, lahul-mulku wa lahul-hamdu, wa huwa ‘ala kulli syai’in qadiir. Laa ilaaha illallah wahdahu, anjaza wa’dahu, wa nashara ‘abdahu, wa hazamal-ahzaaba wahdahu.
Makna: Tiada tuhan selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tiada tuhan selain Allah yang Esa, Dia melaksanakan janji-Nya, menolong hamba-Nya, dan mengalahkan tentera sekutu dengan sendiri-Nya.
2. Mulakan perjalanan. Anda boleh berzikir dengan zikir pilihan, membaca Al Quran dan berdoa mengikut kemahuan di setiap pusingan. Perjalanan dari Safa ke Marwah dikira satu kali, dan Marwah ke Safa dikira satu kali.
Ulangi perjalanan ini sebanyak tujuh kali, berakhir di Bukit Marwah.

3. Doa di Kawasan Lampu Hijau (Setiap Pusingan)
Apabila sampai di kawasan lampu hijau pada setiap pusingan saie yang dilakukan, adalah disunatkan untuk membaca doa berikut:
رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَاعْفُ وَتَكَرَّمْ وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمُ إِنَّكَ تَعْلَمُ مَالاَ نَعْلَمُ إِنَّكَ أَنْتَ اللهُ الاَعَزُّ الاَكْرَمُ
Robbigfir warham wa’fu wata kar-ram watajawaz ‘amma ta’lamu maa laa na’lamu innaka antallahul a-‘azzul akram.
Makna: Ya Allah! Ampunilah daku, rahmatilah daku, maafkanlah daku, kurniakanlah kami kemuliaanMu dan ampunilah segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, sesungguhnya Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Terpuji.

Doa Haji Mabrur
Berikut dikongsikan doa haji mabrur yang boleh diamalkan oleh para jemaah bagi memohon agar ibadah haji mereka diterima Allah SWT sebagai haji yang mabrur, iaitu haji yang suci, diterima, dan menjadi sebab keampunan dosa serta ganjaran syurga.
اَللّٰهُمَّ اجْعَلْهُ حَجًّا مَبْرُوْرًا وَسَعْيًا مَشْكُوْرًا وَذَنْبًا مَغْفُوْرًا وَعَمَلًا صَالِحًا مَقْبُوْلًا وَتِجَارَةً لَنْ تَبُوْرَ. يَا عَزِيْزُ يَا غَفُوْرُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah hajiku ini haji yang mabrur, sa’i yang diterima, dosa yang diampuni dan amal shaleh yang dikabulkan dan perdagangan yang tidak akan mengalami rugi selamanya.wahai Tuhan yang maha pengampun, Tuhan sekalian alam.”
Atau, versi yang lebih pendek, anda boleh membaca:
اللهم اجْعَلْهُ حَجًّا مَبْرُورًا وَذَنْبًا مَغْفُورًا وَسَعْيًا مَشْكُورًا
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah ia (ibadah haji ini) sebagai haji yang mabrur, dosa yang diampuni dan usaha yang disyukuri.”
Muat turun PDF cara mengerjakan haji berikut untuk panduan yang lebih terperinci semasa menunaikan haji: (sumber – https://www.shahidahtravel.com/ebooks/)
Akhir kalam, semoga semua para jemaah haji tahun ini diberikan keselamatan dan keberkatan serta kemudahan dalam menunaikan ibadah haji.
Semoga mereka dikurniakan haji yang mabrur, usaha yang diberkati, serta pengampunan dari Allah SWT.
Amin.