cool hit counter Cara Nak Kecutkan Buasir Luar? Cuba 9 Cara yang Selamat! – My Blog

Cara Nak Kecutkan Buasir Luar? Cuba 9 Cara yang Selamat!

Bagaimanakah cara nak kecutkan buasir luar dengan selamat?

Umumnya, buasir luar boleh menjadi masalah yang sangat menyakitkan dan mengganggu rutin harian, terutamanya apabila ia melibatkan bengkak, pedih, dan rasa tidak selesa setiap kali duduk atau membuang air besar.

Ramai orang mengalami buasir tanpa mengetahui cara rawatan yang betul, malah ada yang membiarkannya berlarutan sehingga memerlukan pembedahan.

Hakikatnya, buasir luar boleh dikurangkan dan dirawat dengan kaedah yang selamat, mudah dan berkesan sama ada secara semula jadi, menggunakan ubat sapuan, atau melalui rawatan klinikal tanpa pembedahan.

Dalam artikel ini, kami kongsikan 9 cara nak kecutkan buasir luar yang selamat dan sesuai untuk anda lakukan.

Baca juga:

Apa itu Buasir Luar?

Menurut kajian dari Clinics in Colon and Rectal Surgery, buasir luar ialah sejenis pembengkakan atau benjolan yang terbentuk di bahagian luar dubur, iaitu berhampiran pembukaan anus.

Ia berlaku apabila salur darah vena di kawasan tersebut mengalami tekanan berlebihan, menyebabkan ia membengkak dan membentuk ketulan yang boleh dilihat atau dirasai dari luar.

Buasir luar sering kali lebih menyakitkan berbanding buasir dalaman kerana kawasan sekitar dubur mempunyai lebih banyak saraf deria, menjadikan sebarang keradangan atau luka terasa lebih perit.

Antara gejala biasa termasuk rasa sakit atau pedih semasa membuang air besar, bengkak, gatal, dan kadangkala pendarahan.

Dalam kes tertentu, darah beku boleh terbentuk dalam buasir luar, menjadikannya lebih menyakitkan dan dikenali sebagai buasir trombosis.

Buasir luar boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, namun lebih cenderung dialami oleh individu yang mengalami sembelit kronik, kehamilan, atau duduk terlalu lama dalam satu posisi.

Cara Nak Kecutkan Buasir Luar

Buasir yang bengkak akan menyebabkan kesakitan, terutamanya ketika duduk lama atau membuang air besar

1. Perubahan Gaya Hidup

Berdasarkan kajian dari National Center for Biotechnology Information, perubahan gaya hidup merupakan langkah pertama dan paling penting dalam cara nak kecutkan buasir luar.

Gaya hidup sihat membantu tubuh sembuh dengan lebih cepat dan mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk. Antaranya ialah dengan mengamalkan pemakanan tinggi serat, seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijiran penuh.

Serat membantu melancarkan sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit, iaitu salah satu punca utama tekanan pada saluran darah di bahagian dubur.

Selain itu, tabiat ke tandas juga perlu dijaga. Elakkan duduk terlalu lama di atas tandas, jangan meneran atau menolak secara paksa kerana ini boleh memburukkan lagi buasir. Bagi individu yang duduk dalam jangka masa lama setiap hari, digalakkan untuk mencari alternatif berdiri atau berjalan seketika bagi mengurangkan tekanan pada kawasan rektum.

Aktiviti fizikal juga memainkan peranan penting. Bersenam secara konsisten misalnya bukan sahaja membantu menurunkan berat badan, tetapi juga memperbaiki peredaran darah dan fungsi sistem penghadaman secara menyeluruh.

Cara Nak Kecutkan Buasir Luar #2. Rawatan Over-the-Counter

1. Mandi Air Suam

Mandi air suam membantu merehatkan otot di sekitar dubur

Mandi air suam adalah kaedah yang mudah tetapi sangat berkesan. Anda hanya perlu mengisi tab mandi dengan air suam dan duduk merendah bahagian punggung selama kira-kira 20 minit, sebanyak tiga kali sehari.

Ini membantu mengurangkan keradangan, melegakan rasa sakit, dan melancarkan peredaran darah di kawasan yang terjejas.

2. Sitz Bath

Sitz bath boleh didapati di farmasi dan boleh diletakkan di atas mangkuk tandas

Sitz bath adalah alat khas yang direka untuk membersihkan kawasan perineum (ruang antara dubur dan alat sulit) dengan lebih menyeluruh.

Sitz bath bolah didapati di farmasi dan sangat berguna untuk memberikan kelegaan tanpa perlu mandi sepenuhnya.

3. Krim atau Gel Sapuan Topikal

Krim atau gel sapuan topikal yang dijual di farmasi merupakan antara rawatan paling biasa digunakan.

Produk seperti krim berasaskan “witch hazel” sangat popular kerana mengandungi ekstrak semula jadi seperti calcium oxalate dan minyak pati yang membantu mengurangkan bengkak dan keradangan.

Kelebihan rawatan topikal ini ialah kesan sampingan yang minimal dan mudah digunakan, namun keberkesanannya biasanya bersifat sementara dan kurang sesuai untuk simptom yang berpanjangan.

4. Pek Sejuk atau Ais Kecil

Elakkan meletakkan ais terus ke kulit untuk mengelakkan kerosakan tisu

Pek sejuk atau ais kecil boleh diletakkan pada kawasan yang bengkak untuk membantu mengurangkan rasa sakit dan bengkak buat sementara waktu.

Walaupun kaedah ini mungkin kurang praktikal untuk digunakan secara kerap, ia sangat membantu apabila buasir menjadi terlalu menyakitkan.

Cara Nak Kecutkan Buasir Luar #3. Rawatan Bukan Pembedahan

1. Sclerotherapy

Sclerotherapy adalah rawatan invasif minimum yang melibatkan suntikan bahan kimia khas ke dalam saluran darah buasir menggunakan alat yang dikenali sebagai anoskop.

Suntikan ini menyebabkan dinding saluran darah tersebut membentuk parut dan mengecut, sekali gus menghapuskan simptom seperti pendarahan dan kesakitan.

Prosedur ini sangat pantas, biasanya kurang dari seminit dan tidak memerlukan sebarang persediaan diet. Kesan positif boleh dirasai dalam beberapa hari sahaja.

2. Ligasi Getah (Rubber Band Ligation)

cara nak kecutkan buasir luar
RBL Ia tidak melibatkan pemotongan tisu, menjadikannya pilihan rawatan yang kurang invasif

Rawatan ini juga sangat ringkas dan tidak memerlukan sebarang bius atau persiapan awal. Dalam prosedur ini, getah kecil diletakkan pada pangkal buasir untuk memotong aliran darah ke kawasan tersebut.

Buasir akan mengecut dan gugur secara semula jadi dalam beberapa hari. Ia boleh dilakukan dengan pantas di klinik, mengambil masa kurang dari seminit, dan pesakit biasanya boleh kembali kepada aktiviti harian seperti biasa dengan pemulihan yang sangat minumum.

3. Penggunaan HET™ Bipolar System

HET™ Bipolar System adalah sejenis teknologi proprietari yang menawarkan rawatan buasir tanpa pembedahan.

Sistem ini menggunakan sumber tenaga untuk merosakkan salur darah dalam buasir secara terkawal, menyasarkan hanya tisu yang terlibat tanpa menjejaskan kawasan sekeliling.

Kaedah ini membantu mengecutkan buasir dan menghentikan pendarahan dengan risiko kerosakan tisu yang sangat rendah. Prosedur ini juga boleh dilakukan tanpa bius, dan kebanyakan pesakit pulih dengan cepat tanpa perlu menangguhkan aktiviti harian.

4. Pembedahan Buasir

cara nak kecutkan buasir luar
Pembedahan disyorkan untuk buasir tahap serius, besar, berdarah berulang atau menyebabkan komplikasi

Bagi pesakit yang mengalami buasir luar yang kronik atau tidak menunjukkan sebarang penambahbaikan melalui rawatan konservatif dan bukan pembedahan, pembedahan buasir (hemorrhoidectomy) merupakan pilihan paling berkesan dan menyeluruh.

Prosedur ini biasanya dilakukan bagi kes yang lebih teruk, termasuk mereka yang tidak layak menjalani rawatan kurang invasif atau mengalami buasir yang besar dan berulang.

Hemorrhoidectomy melibatkan pembuangan buasir dalaman dan luaran secara keseluruhan menggunakan teknik pembedahan. Prosedur ini dilakukan dengan bantuan ubat pelali (sedation), namun selalunya tidak memerlukan persediaaan rumit sebelum pembedahan.

Dari segi keberkesanan, ia dianggap sebagai “standard emas” dalam rawatan buasir atau menjadi penanda aras bagi semua kaedah pembedahan lain.

Namun begitu, semua prosedur pembedahan, tempoh pemulihan boleh berbeza-beza bergantung kepada tahap kesihatan individu dan kerumitan buasir yang dirawat.

Bila Perlu Jumpa Doktor

cara nak kecutkan buasir luar
Jangan abaikan simptom buasir yang berpanjangan, menyakitkan atau luar biasa

Walaupun buasir luar boleh dirawat di rumah pada peringkat awal, terdapat beberapa tanda dan keadaan tertentu yang memerlukan perhatian doktor dengan segera.

Menangguhkan rawatan boleh menyebabkan komplikasi seperti buasir berdarah, buasir bernanah, atau kesakitan kronik yang lebih sukar dirawat.

Anda perlu berjumpa doktor sekiranya mengalami keadaan berikut:

  • Pendarahan berterusan dari dubur
  • Kesakitan yang terlalu teruk dan tidak reda
  • Ketulan di dubur yang tidak mengecut
  • Najis bertukar warna atau berlendir
  • Demam atau tanda jangkitan
  • Buasir berulang dan tidak sembuh dengan rawatan biasa

Kesimpulan

Kesimpulannya, buasir luar bukanlah sesuatu yang perlu ditanggung dalam diam atau dianggap remeh.

Dengan pemahaman cara nak kecutkan buasir luar yang betul dan tindakan yang tepat, anda boleh memulihkannya tanpa perlu melalui prosedur yang menyakitkan.

Apa yang penting, kenali tahap buasir anda dan dapatkan nasihat pakar sekiranya keadaan berlarutan.

About admin