Bella Dowanna atau nama sebenarnya Qystinna Istajbilla Dowanna Binti Halim merupakan seorang pelakon dan model wanita yang telah memulakan kerjaya lakonan beliau sejak beliau berusia enam tahun lagi.
Beliau telah banyak membintangi drama dan filem-filem Melayu, antaranya seperti drama Miss Kapten Cikgu Waiz, Asalkan Dia Bahagia dan Budak Tebing. Untuk anda yang ingin mengenali beliau dengan lebih mendalam, pastikan anda bersama artikel ini sehingga ke penghujung.
Biodata Bella Dowanna
Bagi anda yang tidak mengenal pelakon muda ini, berikut merupakan serba sedikit maklumat ringkas berkenaan pelakon wanita ini:
- Nama penuh: Qystinna Istajibilla Dowanna binti Halim
- Nama komersial: Bella Dowanna
- Tarikh lahir: 17 Mei 2003
- Umur: 22 tahun
- Asal: Ipoh, Perak
- Pendidikan: Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas, Kuala Lumpur
- Pekerjaan: Pelakon
- Tahun aktif: 2009 hingga kini
- Media sosial:


Sejarah Kerjaya
Qystinna Istajibilla “Bella” Dowanna Halim atau lebih dikenali sebagai Bella Dowanna telah memulakan kerjaya beliau sebagai pelakon pada usia seawal enam tahun dengan membintangi beberapa iklan televisyen.
Karier beliau terus berkembang apabila, beliau menerima tawaran berlakon dalam telefilem Begitulah Sayang (2012) arahan Ahmad Idham, di mana beliau telah membawa watak sebagai anak kepada Zamarul Hisham dan Norish Karman.
Menjelang usia remaja, Bella terus aktif dalam bidang lakonan dan tampil dalam beberapa drama televisyen seperti Sebenarnya, Saya Isteri Dia! (2013), Miss Kapten Cikgu Waiz (2017), dan Cemburu Seorang Perempuan (2019).
Pada tahun 2020, nama pelakon wanita ini terus disebut-sebut apabila beliau membintangi drama Budak Tebing di TV3 dan dalam masa yang sama beliau telah terlibat dalam filem seram yang bertajuk M4M4 dengan memegang watak Alya.


Senarai Drama, Filem & Telefilem
Selain yang dinyatakan di bahagian kerjaya, berikut merupakan beberapa drama, filem dan telefilem yang pernah dibintangi Bella Dowanna:
Drama:
- Miss Kapten Cikgu Waiz
- Asalkan Dia Bahagia
- Budak Tebing (watak Laura)
- Bila Cupid Jatuh Cinta (watak Tina)
- Sebenarnya, Saya Isteri Dia!
- Cemburu Seorang Perempuan
- Titian Takdir
- Waris Kasih
- Dosa Terlindung
- Budak Tebing
- Budak Tebing 2
- Bila Chacha Masuk Asrama
- Menyusur Erti Rindu
- Gadis Masa
- Hatimu Sedingin Salju
- Nak Dengar Cerita Hantu?
- Gadis dan Angan Angan
- Adnan Runner

Filem:
- Abang Lejen
- M4M4 (2020)
- Bu, Kasih Suci
- Dendam Penunggu
- Still Alive

Telefilem:
- Begitulah Sayang (2012)
- Dilema
- 20 Sen
- Isyarat Cinta Alya
- Dosa Terlindung
- Mati Tunggu Sekejap
- Menyusur Erti Rindu
- Bawang Putih Bawang Holland
