free hit counter ASTAF Sepak Takraw Asian Cup 2025- Semi Final Team Regu, Keputusan & LIVE – Wanto Ever

ASTAF Sepak Takraw Asian Cup 2025- Semi Final Team Regu, Keputusan & LIVE

[TERKINI] MALAYSIA BERJAYA MENEWASKAN KOREA DALAM ACARA TEAM REGU (KUMPULAN B)! DAN BAKAL BERAKSI HARI INI DALAM PERLAWANAN SEMI FINAL MENENTANG INDIA.

Kejohanan ASTAF Sepak Takraw Asian Cup 2025 bakal mencipta sejarah tersendiri apabila berlangsung buat julung kalinya 10 Mei ini di Stadium Tertutup Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Mengumpulkan barisan pasukan terbaik dari seluruh Asia, kejohanan ini menjanjikan aksi-aksi sengit dalam empat kategori utama — Team, Regu, Double dan Quad.

Peminat sukan tempatan dan antarabangsa kini boleh mengikuti setiap detik perlawanan secara langsung melalui siaran LIVE streaming, serta merujuk jadual lengkap untuk tidak terlepas sebarang perlawanan penting.

Artikel ini membawakan semua info penting tentang jadual, siaran langsung, serta pasukan bertanding yang bakal mewarnai arena Sepaktakraw Asia.

Baca juga: Sudirman Cup 2025 – Jadual Malaysia & Keputusan Terkini [LIVE]

Pengenalan ASTAF Sepak Takraw Asian Cup 2025

Kejohanan SepakTakraw Piala Asia 2025 merupakan edisi sulung kejohanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Sepaktakraw Asis (ASTAF). Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah berdasarkan rekod cemerlang dalam penganjuran kejohanan terdahulu termasuk

Kejohanan ini bukan sekadar pentas untuk mempamerkan bakat elit dalam sukan Sepak Takraw, malah ia menjadi wadah penting dalam menyemarkkan semangat kesukanan dan perpaduan antara negara-negara Asia.

Di samping itu, kejohanan ini bertujuan mempromosikan pertumbuhan dan pengaruh sukan Sepaktakraw sebagai sukan berprestij yang berdaya saing tinggi di peringkat benua.

Kredit: We Are Sepaktakraw

Acara Dipertandingkan

Kejohanan ini akan menampilkan empat kategori utama yang menguji kepelbagaian skil dan kerjasama berpasukan dalam sukan Sepaktakraw:

  • Acara Berpasukan (Team Event)
  • Acara Regu (Regu Event)
  • Acara Beregu (Double Event)
  • Acara Kuadran (Quad Event)

Senarai Pasukan dan Kumpulan

Sebanyak 14 negara akan berentap dalam empat acara yang dipertandingkan.

  1. Malaysia
  2. Thailand
  3. Vietnam
  4. Singapura
  5. Korea
  6. Pakistan
  7. Filipina
  8. Jepun
  9. China
  10. Indonesia
  11. India
  12. Bruenei
  13. Chinese Taipei
  14. Nepal
ASTAF Sepak Takraw Asian Cup
ASTAF Sepak Takraw Asian Cup 2025
ASTAF Sepak Takraw Asian Cup 2025

Tarikh & Lokasi Perlawanan

  • Lokasi: Stadium Tertutup Titiwangsa, Kuala Lumpur, Malaysia
  • Tarikh: 10 – 18 Mei 2025

Jadual Perlawanan

HARI 9 – REGU KUMPULAN

Perlawanan Separuh Akhiracara Team Regu Sepak Takraw ASTAF akan berlangsung pada 18 Mei 2025, menyaksikan pasukan Malaysia beraksi menentang pasukan India. Perlawanan ini dijadualkan berlangsung pada jam 10 pagi dan akan disiarkan secara langsung melalui TV Court.

Pasukan yang menang dalam kedua-dua perlawanan separuh akhir ini akan mara ke perlawanan akhir yang dijadualkan pada jam 4 petang hari yang sama.

Keputusan Perlawanan Terkini ASTAF Sepak Takraw Asian Cup 2025

Dalam aksi Kategori Team Regu (Kumpulan B)Malaysia menewaskan Korea dengan keputusan 3-0.

Kedudukan dalam Kumpulan

Pingat & Kejuaraan

KATEGORI FINAL REGU

Nama Pemenang Kategori Regu:

  1. Farhan Adam
  2. Mohammad Syahir Mohd Rosdi 
  3. Mohamad Azlan Alias
  4. Muhammad Haziq Hairul Nizam
  5. Khairul Aman Mohd Rosdi

KATEGORI QUADRANT

ASTAF Sepak Takraw Asian Cup
ASTAF Sepak Takraw Asian Cup

Nama Pemenang Kategori Quadrant

  1. Afifuddin Razali
  2. Amirul Zazwan Amir
  3. Norfaizzul Razak
  4. Shahalril Aiman Halim

KATEGORI DOUBLE

ASTAF Sepak Takraw Asian Cup
ASTAF Sepak Takraw Asian Cup

Nama Pemenang Kategori Double

  1. Muhammad Noraizat Nordin
  2. Muhammad Redwan Hakim Muhammad
  3. Aidil Aiman Azwawi

Siaran Langsung Perlawanan ASTAF Sepak Takraw Asian Cup 2025

TEAM REGU – MALAYSIA VS KOREA

FINAL REGU – MALAYSIA VS THAILAND

FINAL DOUBLE – MALAYSIA VS THAILAND

FINAL QUADRANT – MALAYSIA VS JEPUN

Tonton LIVE ASTAF Sepak Takraw Asian Cup 2025

Bagi yang berkesempatan, anda boleh menyaksikan perlawanan Semi Final dan Final ASTAF Sepak Takraw Asian Cup 2025 secara langsung di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur dengan membeli tiket perlawanan di sini: https://www.tickethotline.com.my/events/71/ASTAF-SEPAKTAKRAW-ASIAN-CUP-2025/23/PSM

Anda juga boleh tonton perlawanan ASTAF Sepak Takraw Asian Cup 2025 secara lansung menerusi platform berikut:

Siaran percuma:

Siaran berbayar (Astro Go & Sooka):

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyemak jadual rasmi perlawanan dan akses pautan LIVE streaming agar sentiasa terhubung dengan aksi terbaik dari benua Asia dalam sukan Sepak Takraw!

Kredit Gambar: Persatuan Sepaktakraw Malaysia

About admin