Kejohanan ASTAF Sepak Takraw Asian Cup 2025 bakal mencipta sejarah tersendiri apabila berlangsung buat julung kalinya 10 Mei ini di Stadium Tertutup Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Mengumpulkan barisan pasukan terbaik dari seluruh Asia, kejohanan ini menjanjikan aksi-aksi sengit dalam empat kategori utama — Team, Regu, Double dan Quad.
Peminat sukan tempatan dan antarabangsa kini boleh mengikuti setiap detik perlawanan secara langsung melalui siaran LIVE streaming, serta merujuk jadual lengkap untuk tidak terlepas sebarang perlawanan penting.
Artikel ini membawakan semua info penting tentang jadual, siaran langsung, serta pasukan bertanding yang bakal mewarnai arena Sepaktakraw Asia.
Baca juga: Sudirman Cup 2025 – Jadual Malaysia & Keputusan Terkini [LIVE]
Pengenalan ASTAF Sepak Takraw Asian Cup 2025
Kejohanan SepakTakraw Piala Asia 2025 merupakan edisi sulung kejohanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Sepaktakraw Asis (ASTAF). Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah berdasarkan rekod cemerlang dalam penganjuran kejohanan terdahulu termasuk
Kejohanan ini bukan sekadar pentas untuk mempamerkan bakat elit dalam sukan Sepak Takraw, malah ia menjadi wadah penting dalam menyemarkkan semangat kesukanan dan perpaduan antara negara-negara Asia.
Di samping itu, kejohanan ini bertujuan mempromosikan pertumbuhan dan pengaruh sukan Sepaktakraw sebagai sukan berprestij yang berdaya saing tinggi di peringkat benua.
Acara Dipertandingkan
Kejohanan ini akan menampilkan empat kategori utama yang menguji kepelbagaian skil dan kerjasama berpasukan dalam sukan Sepaktakraw:
- Acara Berpasukan (Team Event)
- Acara Regu (Regu Event)
- Acara Beregu (Double Event)
- Acara Kuadran (Quad Event)
Senarai Pasukan dan Kumpulan
Sebanyak 14 negara akan berentap dalam empat acara yang dipertandingkan.
- Malaysia
- Thailand
- Vietnam
- Singapura
- Korea
- Pakistan
- Filipina
- Jepun
- China
- Indonesia
- India
- Bruenei
- Chinese Taipei
- Nepal




Tarikh & Lokasi Perlawanan
- Lokasi: Stadium Tertutup Titiwangsa, Kuala Lumpur, Malaysia
- Tarikh: 10 – 18 Mei 2025
Jadual Perlawanan
Skuad negara akan memulakan perlawanan di hari keenam (15 May 2025, 2 Petang) dengan melawan Vietnam untuk acara Semi Final Regu. Jadual lengkapnya adalah seperti di bawah:
HARI 6


HARI 7

HARI 8

HARI 9

Kedudukan Dalam Kumpulan

Keputusan Perlawanan Terkini ASTAF Sepak Takraw Asian Cup 2025
KATEGORI SUKU AKHIR REGU
Untuk perlawanan Suku Akhir semalam, skuad regu negara telah berjaya menewaskan Brunei dan Filipina dengan markah berikut:
MALAYSIA VS BRUNEI (2-0)
15-7 | 15-4
PHILIPPINES VS MALAYSIA (0-2)
9-15 | 6-15


KATEGORI QUADRANT & DOUBLE
Dalam aksi Final Kategori Quadrant pada jam 8:00 malam, Malaysia menewaskan Jepun dengan keputusan 2-0, mencatat skor 15-8 dan 15-11.
Sementara itu, dalam Final Kategori Beregu (Double) pada jam 9:30 malam, Malaysia tewas kepada Thailand dengan keputusan 1-2, dengan mata 15-7, 10-15, dan 12-15.



Nama Pemenang Kategori Quadrant
- Afifuddin Razali
- Amirul Zazwan Amir
- Norfaizzul Razak
- Shahalril Aiman Halim


Nama Pemenang Kategori Double
- Muhammad Noraizat Nordin
- Muhammad Redwan Hakim Muhammad
- Aidil Aiman Azwawi
Siaran Langsung Perlawanan ASTAF Sepak Takraw Asian Cup 2025
SUKU AKHIR REGU – MALAYSIA VS FILIPINA
SUKU AKHIR REGU – MALAYSIA VS BRUNEI
FINAL DOUBLE – MALAYSIA VS THAILAND
FINAL QUADRANT – MALAYSIA VS JEPUN
Tonton LIVE ASTAF Sepak Takraw Asian Cup 2025
Anda boleh tonton perlawanan ASTAF Sepak Takraw Asian Cup 2025 secara lansung menerusi platform berikut:
Siaran percuma:
- Facebook & Youtube Channel WeAreSepaktakraw
- Facebook Persatuan Sepak Takraw Malaysia
- Sukan RTM (111)
- TV Okey (Astro 146, MyTV 110)
Siaran berbayar (Astro Go & Sooka):
- Astro Arena (801, 803, 804)
- Astro Supersport (811 – 813)
Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyemak jadual rasmi perlawanan dan akses pautan LIVE streaming agar sentiasa terhubung dengan aksi terbaik dari benua Asia dalam sukan Sepak Takraw!
Kredit Gambar: Persatuan Sepaktakraw Malaysia