Buku teks Matematik Tingkatan 1 KSSM disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai rujukan utama kepada guru dan pelajar selaras dengan keperluan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
Kurikulum ini direka bentuk untuk membina kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran kritis dan logik, serta pemahaman konsep-konsep asas Matematik yang kukuh.
Pelajar juga didedahkan kepada pelbagai aplikasi Matematik dalam kehidupan seharian serta aspek teknologi moden.
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Matematik Tingkatan 1 memainkan peranan penting dalam membentuk asas yang kukuh dalam kalangan pelajar untuk menghadapi pembelajaran matematik di peringkat yang lebih tinggi.
Mengenai Buku Teks Matematik Tingkatan 1
Terdapat 2 versi Buku Teks Matematik Tingkatan 1 ini iaitu dalam bahasa Melayu dan English sebagai sebahagian daripada program Dual Languange Programme (DLP) di mana buku teks KSSM DLP direka khusus untuk memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran dalam dwibahasa.
Melalui buku teks ini, pelajar akan dapat:
- Menguasai kemahiran asas Matematik yang diperlukan untuk kehidupan harian dan pembelajaran seterusnya.
- Membina kemahiran menyelesaikan masalah secara sistematik dan logik.
- Menggunakan alat dan teknologi Matematik seperti kalkulator dan perisian dalam pembelajaran.
- Menunjukkan sikap positif dan minat terhadap subjek Matematik.
Dengan kandungan yang relevan, ciri-ciri yang menarik, dan struktur yang sistematik, ia membantu membangunkan asas matematik yang kukuh dalam kalangan pelajar.
Penggunaan buku teks ini secara efektif oleh guru dan pelajar akan memastikan bahawa generasi muda Malaysia dilengkapi dengan kemahiran matematik yang penting untuk menghadapi cabaran di masa hadapan.
Artikel berkaitan: Buku Teks Sains Tingkatan 1 KSSM: Bahasa Melayu & English
Isi kandungan buku teks
Secara umumnya, buku teks Matematik Tingkatan 1 disusun secara sistematik untuk memudahkan pemahaman pelajar.
Ia merangkumi beberapa bab utama yang saling berkaitan, membina konsep secara berperingkat.
Berikut adalah struktur kandungan yang terdapat dalam buku teks ini:
Bab 1: Nombor Nisbah
- 1.1 Integer
- 1.2 Operasi Asas Aritmetik yang Melibatkan Integer
- 1.3 Pecahan Positif dan Pecahan Negatif
- 1.4 Perpuluhan Positif dan Perpuluhan Negatif
- 1.5 Nombor Nisbah
Bab 2: Faktor dan Gandaan
- 2.1 Faktor, Faktor Perdana dan Faktor Sepunya Terbesar (FSTB)
- 2.2 Gandaan, Gandaan Sepunya dan Gandaan Sepunya Terkecil (GSTK)
Bab 3: Kuasa Dua, Punca Kuasa Dua, Kuasa Tiga dan Punca Kuasa Tiga
- 3.1 Kuasa Dua dan Punca Kuasa Dua
- 3.2 Kuasa Tiga dan Punca Kuasa Tiga
Bab 4: Nisbah, Kadar dan Kadaran
- 4.1 Nisbah
- 4.2 Kadar
- 4.3 Kadaran
- 4.4 Nisbah, Kadar dan Kadaran
- 4.5 Perkaitan antara Nisbah, Kadar dan Kadaran dengan Peratusan, Pecahan dan Perpuluhan
Bab 5: Ungkapan Algebra
- 5.1 Pemboleh Ubah dan Ungkapan Algebra
- 5.2 Ungkapan Algebra yang Melibatkan Operasi Asas Aritmetik
Bab 6: Persamaan Linear
- 6.1 Persamaan Linear dalam Satu Pemboleh Ubah
- 6.2 Persamaan Linear dalam Dua Pemboleh Ubah
- 6.3 Persamaan Linear Serentak dalam Dua Pemboleh Ubah
Bab 7: Ketaksamaan Linear
- 7.1 Ketaksamaan
- 7.2 Ketaksamaan Linear dalam Satu Pemboleh Ubah
Bab 8: Garis dan Sudut
- 8.1 Garis dan Sudut
- 8.2 Sudut yang berkaitan dengan Garis Bersilang
- 8.3 Sudut yang berkaitan dengan Garis Selari dan Garis Rentas Lintang
Bab 9: Poligon Asas
- 9.1 Poligon
- 9.2 Sifat Segi Tiga dan Sudut Pedalaman serta Sudut Peluaran Segi Tiga
- 9.3 Sifat Sisi Empat dan Sudut Pedalaman serta Sudut Peluaran Sisi Empat
Bab 11: Pengenalan Set
- 11.1 Set
- 11.2 Gambar Rajah Venn, Set Semesta, Pelengkap bagi suatu Set dan Subset
Bab 12: Pengendalian Data
- 12.1 Proses Pengumpulan, Pengorganisasian dan Perwakilan Data, serta Pentafsiran Perwakilan Data
Bab 13: Teorem Pythagoras
- 13.1 Teorem Pythagoras
- 13.2 Akas Teorem Pythagoras
Muat turun buku teks
Kementerian Pendidikan Malaysia turut menyediakan akses kepada buku teks Matematik tingkatan 1 dalam format digital (PDF) bagi memudahkan pelajar, guru dan ibu bapa mendapatkan bahan pembelajaran ini secara digital.
Pelajar boleh mengakses Buku Teks Matematik Tingkatan 1 daripada PDF di bawah (klik Download untuk muat turun):
Buku Teks Matematik Tingkatan 1 ini juga terdapat bagi versi Dual Language Programme (DLP) dalam versi bahasa Inggeris yang boleh dimuat turun di bawah: