free hit counter Kata Seru: Jenis, Contoh Ayat, Latihan & Nota – Wanto Ever

Kata Seru: Jenis, Contoh Ayat, Latihan & Nota

Kata seru digunakan di dalam tatabahasa bagi menggambarkan perasaan seseorang.

Namun, adalah penting untuk murid untuk mengetahui penggunaan kata ini dan meletakkan tanda seru di tempat yang betul.

Mengenai Kata Seru

Kata seru merupakan kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.

Cara penggunan kata ini lazimnya disesuaikan dengan pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.

Paling penting, kata ini digunakan untuk membentuk ayat seruan.

Ini bermakna, semua ayat tersebut mestilah diakhiri dengan tanda seru ‘!’ yang mesti diletakkan di hujung ayat seruan dan bukannya selepas kata seru.

Jenis Kata Seru

Terdapat 12 kata ini di dalam tatabahasa iaitu:

  • Aduh: Menyatakan perasaan sakit.
  • Aduhai: Menyatakan perasaan sedih atau dukacita.
  • Ah: Menyatakan penolakan/ tidak bersetuju/ bantahan.
  • Amboi: Menyatakan perasaan kagum/ hairan.
  • Cis: Menyatakan perasaan marah, mengejek, menyindir.
  • Eh: Menyatakan perasaan hairan/ terkejut.
  • Hai: Menyatakan perasaan menegur/ menyapa, menarik perhatian seseorang.
  • Nah: Menarik perhatian/ menyatakan persetujuan.
  • Wah: Menyatakan perasaan kagum/ takjub.
  • Wahai: Menyatakan perasaan dukacita atau ingin mendapat perhatian.
  • Syabas: Menyatakan rasa gembira/ puas hati.
  • Oh: Menyatakan rasa hairan, terkejut atau kagum.

Contoh Ayat

Contoh ayat melibatkan perkara ini adalah seperti berikut:

Kata Seru Contoh Ayat
Aduh – Aduh, sakitnya perut ini!
– Aduh, saya terlupa untuk mengemas katil!
Aduhai – Aduhai, malangnya nasib mangsa kebakaran itu!
Ah -Ah, sudahku tahu ini adalah helahmu!
Amboi – Amboi, mahalnya baju itu!
Cis – Cis, tidak ku sangka kamu rupanya dalang perbuatan ini!
Eh – Eh, kamu telah mengingati perkara ini tadi!
– Eh, makanan di atas meja sudah habis!
Hai – Hai, sudah lama kamu tidak berjumpa saya!
Nah – Nah, ambillah pemberian buku ini!
– Nah, serahkan sahaja perkara ini kepada Penghulu!
Wah – Wah, sungguh tinggi bangunan itu!
– Wah, cantiknya baju kamu hari ini!
Wahai – Wahai adik, janganlah kamu bising di sini!
– Wahai Amri, teruskan perjuanganmu!
Syabas – Syabas, keputusan peperiksaanmu luar biasa!
Oh – Oh, saya sudah ke sana pagi tadi!
– Oh, kami sudah makan tengah hari di rumah tadi!

Koleksi Latihan

Koleksi latihan ini adalah seperti buat:

Nota Kata Seru

Nota ringkas bagi kata ini boleh dirujuk seperti di bawah:

Baca juga: Kata Hubung: Jenis, Contoh Ayat, Contoh Latihan, Nota Ringkas

About admin