free hit counter Semakan Panggilan Temuduga SPP DG9 2025 – Portal SPP – Wanto Ever

Semakan Panggilan Temuduga SPP DG9 2025 – Portal SPP

Hebahan umum : Semakan SPP – Panggilan Temu Duga Calon-calon Kementerian Pendidikan Malaysia Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Tahun 2025

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan menjalankan proses temu duga bagi calon-calon Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah mengemas kini maklumat dalam sistem mySPP, selaras dengan iklan bertarikh 22 April 2025, untuk pengisian jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 bagi tahun 2025.

Anda boleh semak maklumat lanjutnya berkenaan semakan SPP ini dari informasi di bawah.

Baca juga: SPMU – Cara Daftar SPM Ulangan 2025 (sppat.moe.gov.my)

Kategori Calon dan Opsyen Temuduga SPP

1. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Tamat 2025)

  • Bahasa Cina
  • Bahasa Iban
  • Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua
  • Bahasa Kadazan Dusun
  • Bahasa Melayu
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Matematik
  • Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Jasmani
  • Pendidikan Khas – Masalah Pembelajaran
  • Pendidikan Khas – Masalah Pendengaran
  • Pendidikan Khas – Masalah Penglihatan
  • Pendidikan Muzik
  • Pendidikan Seni Visual
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Sains
  • Sejarah

2. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Tamat 2024)

  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Khas – Masalah Pembelajaran

3. Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Tamat 2025)

  • Bahasa Melayu
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Jasmani
  • Pendidikan Pemulihan
  • Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua

4. Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

  • Bahasa Arab
  • Dini
  • Usuluddin

5. Contract Of Service (Tahun 2020)

  • Bahasa Melayu

6. Contract Of Service (Tahun 2022)

  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Pendidikan Seni Visual
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Tahfiz

Baca juga: Kamera AwAS: Senarai Lokasi Speed Trap JPJ Terkini 2025

    Cara Semakan Panggilan Temuduga SPP

    Calon boleh membuat semakan panggilan temu duga melalui langkah-langkah berikut:

    1. Layari pautan berikut: https://semakan.spp.gov.my/semakanV2/P
    2. Sila isikan nombor kad pengenalan anda dan kod keselamatan dalam ruangan yang disediakan
    3. Tekan butang SEMAK
    4. Tarikh dan Lokasi temuduga / permohonan anda akan dipaparkan
    semakan spp

    Rujuk : FAQ Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan penuh SPP di bawah dan ikuti saluran rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan berikut:

    Atau hubungi talian di bawah pada waktu dan masa yang ditetapkan untuk urusan pengambilan SPP:

    • Ibu Pejabat : 03-8893 4019 / 4020
    • Sabah : 088-088-488 521 / 522 / 523
    • Sarawak : 082-537 011 / 015 / 017 / 018

    Isnin – Khamis

    • 9.00 pagi – 1.00 petang
    • 2.00 petang – 4.00 petang

    Jumaat

    • 9.00 pagi – 12.15 tengah hari
    • 2.45 petang – 4.30 petang

    About admin